Seksyen 4
Syarat dan pembayaran Bil-Bil Perbendaharaan
of Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946
ActIn forceProvision 5 of 10
Seksyen 4
(1)
Tiap-tiap Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini hendaklah bagi apa-apa amaun dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.
(2)
Bank hendaklah, sebelum setiap pengeluaran
Bil-Bil
Perbendaharaan yang tersebut di atas, memutuskan dan menentukan masa atau masa-masa Bil-Bil Perbendaharaan itu akan dikeluarkan dan, tertakluk kepada subseksyen (3), masa atau masa-masanya Bil-Bil itu kena dibayar.
(3)
Tiap-tiap Bil Perbendaharaan hendaklah dibayar tidak lewat dari satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan.