17. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual A atau B
Feedback & supportMenteri Kewangan, atas syor Bank, boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalarn Warta mengubah, memotong daripada, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda,
Jadual A atau B, dan Jadual sebagaimana diubah, dipotong daripada, ditambah kepada, digantikan, atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan berkesan penuh dan hendaklah disifatkan menjadi satu bahagian integral Akta ini mulai dari tarikh penyiaran sedemikian, atau dari suatu tarikh yang lebih awal atau terkemudian sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu.