Seksyen 2
Pemakaian
(1)
Akta ini, kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, terpakai bagi amanah termasuk, setakat yang Akta ini terpakai baginya, kewasian dan hal tadbir yang ditubuh atau diwujudkan sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
(2)
Kuasa yang diberi oleh Akta ini kepada pemegang-pemegang amanah adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diberi oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, tetapi kuasa-kuasa itu, melainkan jika dinyatakan selainnya, hanya terpakai jika atau setakat yang niat sebaliknya tidak dinyatakan dalam surat cara itu, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, dan berkuat kuasa tertakluk kepada terma-terma surat cara itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(3)
Akta ini tidak menyentuh sahnya atau kesahan apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata.
Tafsiran