Skip to content

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 3 of 69
Seksyen 3

“amanah” tidak termasuk tugas pemegang gadaian, tetapi dengan kekecualian ini ungkapan “amanah” dan “pemegang amanah” diperluas kepada amanah termaklum dan amanah ikut-taksir, dan kepada hal-hal di mana pemegang amanah mempunyai kepentingan benefisial pada harta amanah itu, dan kepada tugas-tugas yang bersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri dan ungkapan “pemegang amanah”, jika bersesuaian dengan konteksnya, meliputi, wakil diri , dan “pemegang amanah baru”

meliputi pemegang amanah tambahan;

“amanah untuk menjual” berhubungan dengan tanah, ertinya amanah untuk menjual yang mengikat dengan serta-merta sama ada boleh dijalankan atas permintaan atau dengan persetujuan mana-mana orang atau tidak, dan sama ada mempunyai kuasa untuk menangguhkan jualan itu atau tidak mengikut budi bicaranya; “pemegang amanah untuk menjual” ertinya orang-orang (termasuk wakil diri ) yang memegang tanah atas amanah untuk menjual;

“gadaian”, ‘pemegang gadaian” dan “penggadai” masing-masing meliputi “gadai janji”, “pemegang gadai janji” dan “penggadai janji”, dan selanjutnya meliputi dan berhubungan dengan tiap-tiap estet dan kepentingan yang dianggap oleh ekuiti sebagai hanya suatu cagaran untuk wang dan setiap orang yang menuntut dengan sahnya di sisi undang-undang di bawah pemegang gadaian asal;

“hak” meliputi estet dan kepentingan;

“hak kontingen” sebagaimana terpakai bagi tanah meliputi kepentingan kontingen atau kepentingan ekskutori, suatu kemungkinan berserta dengan suatu kepentingan, sama ada tujuan

Pemegang Amanah 9

pemberian itu atau batasan kepentingan atau kemungkinan itu ditentukan atau tidak, dan juga hak masuk, sama ada serta-merta atau masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen;

“harta” meliputi harta alih atau tak alih, dan apa-apa kepentingan pada mana-mana harta, alih atau tak alih, dan apa-apa hutang , dan apa-apa benda dalam tindakan, dan apa-apa hak atau kepentingan lain, sama ada di dalam milikan atau tidak;

“jualan” meliputi pertukaran;

“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi di Tanah Melayu atau

Mahkamah Tinggi di Borneo, mengikut mana yang berkenaan;

“**Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan;

“membayar” dan “pembayaran” sebagaimana terpakai berhubungan dengan stok dan sekuriti dan berkenaan dengan ungkapan “ke dalam

Mahkamah” termasuklah mendepositkan atau memindahkan stok dan sekuriti dalam atau ke dalam Mahkamah;

“milikan” meliputi penerimaan sewa dan untung atau hak menerima sewa dan untung, jika ada; “pendapatan” meliputi sewa dan untung; dan

“dimiliki” terpakai bagi penerimaan terletakhak yang kurang daripada kepentingan seumur hidup yang ada dalam milikan atau yang diharapkan mengenai mana-mana tanah;

“orang bercelaru mental” ertinya mana-mana orang yang, mengikut perjalanan undang-undang, didapati sebagai tak sempurna akan dan tak daya menguruskan hal-ehwalnya sendiri;

“orang tidak sempurna akal” ertinya mana-mana orang, bukannya orang belum dewasa, yang, belum lagi didapati sebagai orang bercelaru mental, tidak berdaya menguruskan hal-ehwalnya sendiri oleh sebab kelemahan akal;

**CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia” —lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

“peguam cara” ertinya peguam bela dan peguam cara di Negeri-Negeri Tanah Melayu dan peguam bela di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan;

“pelaburan yang dibenarkan” ertinya pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu, atau yang dibenarkan oleh undang-undang;

“pemindahan” berhubungan dengan stok atau sekuriti, meliputi penyempurnaan dan pelaksanaan tiap-tiap surat cara, surat kuasa wakil, tindakan, dan benda di pihak pemindah untuk menguatkuasakan dan menyempurnakan pemindahan hakmilik itu kepada penerimanya;

“penilai yang diluluskan” ertinya juruukur;

“perbadanan amanah” ertinya Pemegang Amanah Raya atau perbadanan yang dilantik oleh Mahkamah dalam sesuatu hal tertentu untuk menjadi pemegang amanah, atau yang didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949;

“pindah hak” dan “pemindahhakkan” sebagaimana terpakai bagi mana-mana orang termasuklah penyempurnaan oleh orang itu setiap insurans (termasuk sesuatu persetujuan) yang perlu atau sesuai bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan tanah yang dimiliki atau dipunyai atau yang padanya dia berhak mendapat hak kontingen, sama ada mengenai keseluruhan kepentingannya atau mengenai sesuatu kepentingan yang kurang, bersama-sama dengan perlaksanaan kesemua formaliti yang dikehendaki oleh undang-undang bagi pengesahan pemindahhakkan itu;

“sekuriti” meliputi stok, wang dan syer, dan setakat yang berhubungan dengan pembayaran ke dalam Mahkamah, mempunyai erti yang sama seperti dalam undang-undang bertulis berhubungan dengan wang dalam Mahkamah; dan “sekuriti yang kena dibayar kepada pembawa” meliputi sekuriti yang boleh dipindahkan dengan cara serahan atau dengan cara serahan dan endorsemen;

Pemegang Amanah 11

“stok” meliputi syer yang telah dibayar penuh dan setakat yang berkaitan dengan perintah meletak hak yang dibuat oleh Mahkamah di bawah Akta ini, meliputi apa-apa wang, anuiti, atau sekuriti yang boleh dipindahkan dalam buku yang disimpan oleh sesuatu perbadanan, syarikat, persatuan atau pertubuhan, atau melalui surat cara pemindahan, sama ada sendirinya atau disertai dengan formaliti lain, dan apa-apa syer atau kepentingan di dalamnya;

“surat cara” termasuklah undang-undang bertulis;

“syarikat yang diluluskan” ertinya sesuatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di Malaysia atau, jika diperbadankan sebelum Hari Malaysia, di Sabah atau di Sarawak, dan mempunyai tempat perniagaan di Malaysia

(b)

yang mempunyai sebagai tujuan tunggal atau utamanya untuk menggalakkan, pemunyaan rumah kediaman dengan cara mendahulukan bagi membeli tanah dan rumah sejumlah wang, pokok dan bunganya boleh dibayar balik secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun tertentu, yang tidak boleh pada bila-bila masa melebihi nilaian tanah dan bangunan itu yang dibuat oleh seorang penilai yang diluluskan; dan

(c)

diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam

Warta bagi maksud mendapat pinjaman daripada pemegang amanah menurut perenggan 4(1)(e);

“tanah” ertinya harta tak alih dan termasuklah apa-apa kepentingan di dalamnya dan juga bahagian yang belum dipecahkan pada tanah;

“tarikh material” ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia (selain Melaka dan Pulau Pinang), 9 haribulan September 1932;

(b)

berkenaan dengan Negeri-negeri Melaka dan Pulau

Pinang, 1 September 1929;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

(c)

berkenaan dengan Negeri Sabah (selain Labuan) 30 April 1953;

(d)

berkenaan dengan Labuan, 1 September 1929; dan

(e)

berkenaan dengan Negeri Sarawak, 30 Jun 1965;

“wakil diri ” ertinya wasi, yang asal atau gantinya, atau pentadbir pada masa itu bagi orang yang telah mati;

(2)

Berhubungan dengan pemakaian Akta ini bagi Sabah dan

Sarawak, sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dalam Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya hendaklah—

(a)

jika undang-undang bertulis itu telah diperluas untuk dipakai bagi Sabah dan Sarawak, diertikan sebagai sebutan mengenai undang-undang tersebut sebagaimana diperluas itu; atau

(b)

jika undang-undang bertulis itu belum lagi diperluas kepada Sabah dan Sarawak, diertikan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis yang bersamaan, jika ada, yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, mengikut mana yang berkenaan.

(3)

Sebutan dalam Akta ini mengenai permulaan kuat kuasa Akta ini ertinya, dalam hal Semenanjung Malaysia, 31 haribulan Disember 1949, dan, dalam hal Sabah dan Sarawak, 30 haribulan Jun 1965.