Seksyen 10
Daftar dan penyerahsimpanan wang tak dituntut
of Akta Wang Tak Dituntut 1965
Tiap-tiap syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah menyenggarakan suatu rekod bagi semua wang tak dituntut dalam suatu daftar yang hendaklah disimpan di pejabat utama atau tempat perniagaannya di Malaysia mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
(2)
Syarikat atau firma itu hendaklah pada setiap tahun, tidak lewat daripada hari terakhir bulan Mac, menyerah simpan dengan Pendaftar di pejabat Pendaftar suatu salinan daftar itu yang hendaklah mengandungi butir-butir semua wang tak dituntut yang masih belum dibayar hingga hari terakhir bulan Disember tahun sebelumnya
_______________________________________________________
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Wang Tak Dituntut 13
bersama-sama dengan semua wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu.
(3)
Pendaftar boleh, atas permohonan syarikat atau firma itu, memberikan suatu pelanjutan masa bagi penyerahsimpanan daftar itu bersama-sama dengan wang tak dituntut kepada Pendaftar di bawah subseksyen (2).
(4)
Suatu syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan syarikat atau firma itu dan tiap-tiap pegawai syarikat atau firma itu yang ingkar boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
(5)
Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa hak pemunya berkenaan dengan wang tak dituntut yang wujud pada masa catatan dibuat dalam daftar di bawah subseksyen (1)
tidaklah terjejas atau tersentuh oleh pembuatan catatan itu, tetapi wang itu boleh didapatkan balik daripada syarikat atau firma itu oleh pemunya itu pada bila-bila masa sebelum wang itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (2).
(6)
Jika wang tak dituntut telah diserah simpan dengan Pendaftar, pemunya wang tak dituntut itu boleh mendapatkan balik wang itu daripada Pendaftar mengikut peruntukan Bahagian ini.