Skip to content

Seksyen 13

Pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 17 of 21
Seksyen 13
(1)

Jika mana-mana pihak menuntut membuat apa-apa tuntutan terhadap Pendaftar bagi apa-apa wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan, Pendaftar apabila berpuas hati bahawa pihak menuntut itu ialah pemunya wang itu hendaklah membenarkan pembayaran wang tak dituntut itu dibuat kepada pihak menuntut itu daripada Akaun Amanah Disatukan atau, jika wang itu telah dipindahkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan, Menteri hendaklah mengarahkan pembayaran amaun yang sama dibuat kepada

Wang Tak Dituntut 17

pihak menuntut itu; dan amaun itu hendaklah pada Kumpulan Wang

Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan.

(2)

Jika mana-mana wang tak dituntut yang dibayar kepada mana-mana pihak menuntut kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain orang lain itu tidak berhak kepada pembayaran wang tak dituntut, tetapi orang itu boleh mengambil tindakan terhadap pihak menuntut itu yang kepadanya wang tak dituntut itu telah dibayar.

Orang yang tidak dikehendaki sedemikian di bawah Bahagian ini boleh membayar wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar