Seksyen 10A
Kehendak untuk menyiarkan daftar
of Akta Wang Tak Dituntut 1965
(1)
Suatu syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah pada setiap tahun dalam bulan Mac, sebelum daftar wang tak dituntut dan wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen 10(2), mengemukakan suatu salinan daftar itu, yang hendaklah termasuk suatu rekod wang tak dituntut yang dipegang hingga hari terakhir bulan
Disember tahun sebelumnya, untuk disiarkan melalui medium elektronik atau melalui penghantaran elektronik.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
(2)
Mana-mana syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.