Skip to content

Seksyen 11

Pelupusan wang tak dituntut

of Akta Wang Tak Dituntut 1965

ActIn forceProvision 15 of 21
Seksyen 11
(1)

Pendaftar hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun

Amanah Disatukan semua wang tak dituntut yang telah diserah simpan dengannya di bawah subseksyen 10(2).

(2)

Mana-mana wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun

Amanah Disatukan (setakat yang wang tak dituntut itu belum dibayar daripada Akaun Amanah Disatukan di bawah Bahagian ini) hendaklah, apabila luput sepuluh tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke dalam

Akaun Amanah Disatukan, dipindahkan kepada Akaun Hasil

Disatukan.

(3)

Tiada faedah boleh kena dibayar ke atas semua wang yang dipegang dalam Akaun Amanah Disatukan atau dalam Akaun Hasil

Disatukan di bawah Bahagian ini.

Pendaftar boleh memeriksa daftar, dsb., untuk menentukan sama ada syarikat atau firma mematuhi Bahagian ini