Seksyen 14
of Akta Wang Tak Dituntut 1965
Seksyen 14
Mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa wang, selain wang tak dituntut, yang belum dituntut oleh pemunya boleh menyerah simpan wang itu dengan Pendaftar seolah-olah wang itu ialah wang tak dituntut yang kena dibayar kepada
Pendaftar di bawah subseksyen 10(2).
(2)
Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana wang yang dibayar ke dalam mahkamah menurut Bahagian I Akta ini.
Peraturan-peraturan
*15. Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan—
(a)
penyerahsimpanan dokumen dan masa dan cara pengemukaan dokumen untuk diserah simpan;
(b)
(Dipotong oleh Akta A1161);
(c)
penetapan fi bagi maksud Akta ini;
_______________________________________________________
*CATATAN—Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan ini: P.U. (A) 15/1976, P.U. (A)
16/1976, P.U. (A) 257/1982, P.U. (A) 127/1985 dan P.U. (A) 120/1988 telah dibatalkan oleh
Akta A1161—lihat seksyen 14(1) Akta A1161.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 370
(d)
pemeriksaan termasuk kaedah pemeriksaan serta hari dan masa apabila pemeriksaan itu boleh dibuat;
(e)
secara amnya segala perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini untuk ditetapkan atau yang perlu atau sesuai untuk ditetapkan bagi melaksanakan atau menjalankan Akta ini dan mencegah pengelakan dan pelanggaran Akta ini.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan