Skip to content

Seksyen 10

Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 15 of 46
Seksyen 10

Setiap Universiti hendaklah menyimpan di pejabat yang disebut dalam seksyen 9 suatu salinan setiap Statut, Kaedah, Peraturan atau suratan lain semasa yang dikehendaki disiarkan di bawah Akta ini atau Perlembagaan, dan salinan itu hendaklah sentiasa boleh didapati pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh orang awam dan jika mana-mana buku atau salinan suratan dikehendaki oleh Akta ini atau Perlembagaan supaya diadakan untuk dibeli oleh orang awam, buku atau salinan itu hendaklah sentiasa diadakan untuk dibeli di pejabat itu atau di sesuatu tempat lain di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Universiti.