Skip to content

Seksyen 5A

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 10 of 46

Seksyen 5A

(1)

Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkan ditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusi pelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau Kolej Universiti di bawah

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua

Universiti dan Kolej Universiti 13

nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.