Universities and University Colleges Act 1971 · Updated to 1 Aug 2012 · Bahagian III
9. Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaian di Malaysia
Feedback & supportSetiap Universiti hendaklah mengadakan dan menyelenggara suatu pejabat yang terletak dalam Malaysia, dan pejabat itu menjadi alamat penyampaian bagi Universiti untuk segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau segala jenis langkah prosiding dan perhubungan bertulis yang lain.
Segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau prosiding lain atau perhubungan bertulis lain, jika ditinggalkan di pejabat yang diadakan dan diselenggara di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan dalam segala prosiding dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai telah disampaikan atau diserahkan dengan sempurnanya pada sesuatu Universiti atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya ia telah dialamatkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 30