Skip to content

Seksyen 16C

Kaedah-kaedah tatatertib

of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

ActIn forceProvision 28 of 46
Seksyen 16C
(1)

Lembaga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib bagi pelajar Universiti; kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 30

(2)

Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi penggantungan seseorang pelajar

Universiti semasa prosiding tatatertib belum selesai.

(3)

Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan pelajar daripada Universiti.

(4)

Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib dan prosiding rayuan tatatertib.

(5)

Kekhususan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), (3)

dan (4) adalah tanpa menyentuh keluasan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1).