Seksyen 13
Pengambilan tanah bagi maksud Universiti
of Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan atau tanah rizab atau tanah yang terletak hak pada sesuatu Negeri atau pada Persekutuan atau tidak diduduki atau digunakan oleh
Persekutuan atau pihak berkuasa awam bagi maksud Persekutuan dikehendaki bagi maksud Universiti dan tidak dapat diperoleh dengan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
cara persetujuan, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri tempat harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu yang menyatakan bahawa tanah itu dikehendaki sedemikian itu boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar dari wang Universiti, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu dikehendaki bagi suatu maksud awam dan dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.
(2)
Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh
Universiti.
(3)
Semua harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Universiti dan suatu catatan yang bermaksud demikian itu hendaklah dibuat dalam daftar yang berkenaan oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan.