Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2012Read it in English

Bahagian III

15A. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang

Feedback & support
(1)

Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di luar

Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya diperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Naib Canselor boleh, dalam mana-mana hal tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1342).

(5)

Peruntukan seksyen ini tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.

Universiti dan Kolej Universiti 21

Report

Bahagian IV

Kolej Universiti

Bahagian V

Schedules