Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian IV · Tindakan Tatatertib

31. Section 31

Feedback & support
(1)

Seseorang doktor veterinar yang terkilan dengan sesuatu perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh Majlis pada menjalankan bidangkuasa tatatertibnya atau dengan sesuatu keputusan Majlis dalam tindakan berhubung dengannya di bawah pcruntukan seksyen-kecil (1) seksyen 16 atau seksyen-kecil (1) seksyen 30 atau dengan pemotongan namanya dari Daftar di bawah mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini kecuali Bahagian VII atau dengan apa-apa kcengganan atau kemungkiran Majlis mendaftar atau mcmasukkan scmula namanya dalam Daftar (melainkan jika pemotongan, kcengganan atau kemungkiran itu disebabkan oleh kemungkiran orang itu mendapatkan sesuatu perakuan pengamalan atau oleh pembatalan perakuan itu) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Tinggi boleh dengan itu mengesahkan, mengakaskan atau mengubah perintah atau keputusan yang diperayukan itu atau boleh memberi apa-apa arahan yang difikirkannya patut dalam perkara itu; kos bagi rayuan itu adalah terpulang kepada budibicara Mahkamah Tinggi.

(2)

Keputusan Mahkamah Tinggi atas rayuan itu adalah muktamad.

(3)

Acara berhubung dengan sesuatu rayuan itu hendak-lah tertakluk kepada kaedah-kaedah mahkamah yang dipakai di Mahkamah Tinggi:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa mendengar rayuan terhadap sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 30 melainkan notis mengenai rayuan itu diberi dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu dibuat atau, jika proviso kepada seksyen-kecil (2) seksyen 30 dipakai, dalam masa satu bulan selepas perintah itu disampaikan sebagaimana yang dinyatakan dalam proviso itu.

(4)

Seseorang yang terkilan dengan keengganan Majlis mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pengamalan tahunan atau dengan pembatalan perakuan pengamalan tahunannya boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad, dan tiada apa-apa tindakan atau pembicaraan boleh dijalankan dalam mana-mana mahkamah undang-undang berkenaan dengan keengganan atau pembatalan itu.

25

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules