Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian VII · Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

42. Section 42

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang memperolehi pendaftaran di bawah seksyen 12 Akta ini boleh, selepas sahaja ia didaftarkan sedemikian atau pada bila-bila masa kemudianya, disampaikan suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah menghendaki orang itu memegang suatu jawatan yang sesuai dengan kelulusannya dalam perkhidmatan awam dan pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu mengenai tiap-tiap satu perkara ini.

(2)

Seseorang yang disampaikan suatu notis di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika ia tidak berbuat demikian maka ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(3)

Selepas sahaja suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (2) atau seksyen 43 dibuktikan dalam mahkamah terhadap seseorang, pendaftaran orang itu di bawah seksyen 12 hendaklah disifatkan sebagai terbatal, dan Pendaftar hendaklah memotong nama orang itu dari Daftar.

(4)

Jika nama seseorang dipotong dari Daftar di bawah seksyen-kecil (3), maka nama orang itu tidak boleh dimasukkan semula dalam Daftar kecuali atas suatu arahan yang diberi oleh Menteri, dan Menteri boleh memberi arahan itu apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang namanya telah dipotong dari Daftar itu, dan sesuatu arahan yang diberi sedemikian boleh dibuat tertakluk kepada penunaian apa-apa had dan syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Menteri, dan had-had dan syarat-syarat itu boleh termasuk had-had dan syarat-syarat menghendaki orang itu berkhidmat sebagai pegawai veterinar dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi suatu tempoh terus menerus yang berjumlah tidak kurang daripada dua tahun dalam satu atau beberapa jawatan dalam mana-mana satu perkhidmatan awam atau lebih mengikut sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah menurut budibicaranya; semasa orang itu menunaikan had-had dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen-kecil ini ia hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan setakat mana yang perlu untuk menunaikan had-had dan syarat-syarat dikenakan di bawah seksyen-kecil ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain; dan apabila had-had dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen-kecil ini telah ditunaikan maka ia adalah berhak mendapat suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenainya.

(5)

Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah seksyen-kecil (4) untuk dimasukkan semula sesuatu nama dalam Daftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal atau diulangkaji dalam mana-mana mahkamah jua pun.

(6)

Jika sesuatu notis di bawah seksyen-kecil (1) telah disampaikan kepada seseorang yang kena disampaikan notis itu Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya suatu notis selanjutnya di bawah seksyen-kecil (1) disampaikan kepadanya.

Report