Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian VII · Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

44. Section 44

Feedback & support
(1)

Menteri bolch, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

berkenaan dengan seseorang tertentu;

(b)

sccara am berkenaan dengan mana-mana golongan orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya;

(c)

secara am berkenaan dengan semua orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya, membenarkan apa-apa pengurangan yang difikirkannya patut atau pengecuailan penuh dari tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43.

(2)

Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh seseorang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43, menangguhkan masa orang itu dikehendaki memulakan perkhidmatan itu selama tempoh yang difikirkannya patut jika ia berpuashati bahawa adalah patut dan menasabah baginya berbuat demikian itu.

(3)

Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah seksyen-kecil (2) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal atau diulangkaji dalam mana-mana mahkamah jua pun.

Report