Seksyen 16
Keterangan bagi maksud seksyen 15
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah atau yang berbangkit daripada mana-mana peruntukan dalam Akta Angkatan Tentera 1972
sebagaimana yang dipakai oleh seksyen yang terakhir yang disebut terdahulu—
(a)
suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri, yang menyatakan bahawa suatu permintaan telah dibuat bagi penjalanan kuasa yang disebut dalam subseksyen 15(2), dan yang menyatakan kesan permintaan itu, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, bahawa permintaan itu telah dibuat dan mengenai kesannya; dan
(b)
suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh pegawai pemerintah suatu unit atau detasmen bagi mana-mana angkatan suatu negara yang
Angkatan Pelawat 25
baginya seksyen ini terpakai, yang menyatakan bahawa seseorang yang dinamakan dan diperihalkan dalamnya adalah pada tarikh perakuan itu seorang pembolos, atau anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran, daripada angkatan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, mengenai fakta yang terdapat dalam dokumen yang hendaklah diperakukan sedemikian.