Skip to content

Seksyen 17

of Akta Angkatan Pelawat 1960

ActIn forceProvision 17 of 19

Seksyen 17

(1)

Majlis Angkatan Tentera—

(a)

boleh menempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara kepada suatu angkatan Malaysia mana-mana anggota angkatan bagi mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai yang ditempatkan untuk kegunaan

Kerajaan

Malaysia bagi maksud pihak berkuasa

Perkhidmatan negara itu;

(b)

tertakluk pada apa-apa jua perkara yang berlawanan dalam syarat yang terpakai bagi perkhidmatannya, boleh menempatkan mana-mana anggota suatu angkatan

Malaysia untuk kegunaan pihak berkuasa Perkhidmatan bagi mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai bagi maksud ditempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara oleh pihak berkuasa itu kepada suatu angkatan negara itu:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberikan oleh perenggan (b)

subseksyen ini tidak boleh dijalankan berhubung dengan mana-mana orang tanpa persetujuannya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

(2)

Semasa seseorang anggota mana-mana angkatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai menurut kuasa seksyen ini ditempatkan sebagai anggota sangkutan secara sementara kepada suatu angkatan Malaysia dia hendaklah dikira dan hendaklah mempunyai kuasa memerintah dan menghukum yang serupa ke atas anggota angkatan Malaysia yang dia ditempatkan sebagai anggota sangkutan dan hendaklah tertakluk dalam segala perkara kepada undang-undang yang berhubungan dengan tatatertib dan pentadbiran angkatan itu seolah-olah dia merupakan seorang anggota angkatan itu dengan pangkat relatif:

Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengarahkan berhubung dengan anggota sesuatu angkatan bagi mana-mana negara yang dinyatakan dalam perintah itu, bahawa undang-undang itu hendaklah terpakai dengan kecualian dan tertakluk pada penyesuaian dan ubah suaian yang dinyatakan sedemikian.

(3)

Apabila suatu angkatan Malaysia dan suatu angkatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai (yang dalam subseksyen ini disebut sebagai “angkatan yang satu lagi itu”) yang berkhidmat bersama-sama sama ada secara bersendirian atau tidak—

(a)

mana-mana anggota angkatan yang satu lagi itu hendaklah dikira dan hendaklah mempunyai ke atas anggota angkatan

Malaysia kuasa perintah yang sama seolah-olah dia ialah seorang anggota angkatan Malaysia dengan pangkat relatif;

dan

(b)

jika angkatan itu bertindak dalam gabungan, mana-mana pegawai angkatan yang satu lagi itu yang dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong atau mengikut peraturan-peraturan yang dibuat melalui atau melalui kuasa Yang di-Pertuan

Agong, untuk memerintah angkatan yang digabungkan, atau mana-mana bahagiannya, hendaklah dikira dan mempunyai ke atas anggota angkatan Malaysia kuasa memerintah dan menghukum yang sama dan boleh diletak hak dengan kuasa yang sama untuk mengadakan, dan mengesahkan dapatan dan hukuman, mahkamah tentera seolah-olah dia ialah seorang pegawai angkatan Malaysia

Angkatan Pelawat 27

dengan pangkat relatif dan memegang pemerintahan yang sama.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, angkatan hendaklah disifatkan berkhidmat bersama-sama atau bertindak dalam gabungan jika dan hanya jika ia diisytiharkan sebagai berkhidmat atau bertindak sedemikian melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pangkat relatif anggota bagi angkatan Malaysia dan angkatan lain itu hendaklah sedemikian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.