Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006 · 5 parts
Akta Angkatan Pelawat 1960
Feedback & supportForeign armed forces visiting and deserters from those forcesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Pelawat 1960.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
“organisasi perkhidmatan yang diberi kuasa” ertinya badan yang dikelolakan bagi manfaat atau untuk menjaga kebajikan suatu angkatan atau komponen awam atau tanggungan;
“komponen awam” ertinya kakitangan awam yang menyertai suatu angkatan, yang diambil kerja dalam perkhidmatan suatu angkatan atau oleh organisasi perkhidmatan yang diberi kuasa yang menyertai suatu angkatan, dan yang bukan orang tak bernegara atau bukan warganegara, atau tidak biasanya bermastautin di Malaysia;
“mahkamah” termasuklah mahkamah Perkhidmatan;
“mahkamah Malaysia” ertinya mana-mana mahkamah di Malaysia selain mahkamah Perkhidmatan;
“angkatan Malaysia” ertinya mana-mana angkatan tentera
Malaysia yang pada masa ini berkhidmat di Malaysia, dan termasuklah mana-mana pasukan polis, dan badan lain yang menurut kuasa mana-mana undang-undang Malaysia merupakan atau disifatkan menjadi sebahagian daripada angkatan tentera Malaysia;
“tanggungan” berhubung dengan anggota suatu angkatan atau komponen awam ertinya seseorang yang tidak biasanya bermastautin di Malaysia dan yang merupakan—
isteri atau suami bagi mana-mana anggota itu; atau
keseluruhannya atau terutamanya disara atau diambil kerja oleh mana-mana anggota itu; atau
berada dalam jagaan, tanggungan atau pemeliharaan, atau yang menjadi sebahagian daripada keluarga mana-mana anggota itu;
“pihak berkuasa Malaysia” ertinya pihak berkuasa atau pihak-pihak berkuasa yang dari semasa ke semasa diberi kuasa atau ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud menjalankan kuasa yang berhubung dengannya ungkapan itu digunakan;
Angkatan Pelawat 7
“angkatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya mana-mana angkatan laut, darat atau udara negara itu;
“undang-undang Malaysia” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, dan termasuklah Perlembagaan Persekutuan;
“anggota” berhubung dengan suatu angkatan pelawat, ertinya seseorang anggota angkatan negara penghantar, yang menjadi seorang daripada anggota angkatan itu yang pada masa itu dilantik untuk berkhidmat dengan angkatan pelawat itu, dan termasuklah mana-mana orang di Malaysia yang pada masa itu diambil masuk dengan sukarela dalam angkatan itu;
“negara penghantar”, berhubung dengan sesuatu angkatan pelawat, ertinya negara yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya;
“pihak berkuasa Perkhidmatan” ertinya pihak berkuasa suatu angkatan yang diberikan kuasa oleh undang-undang negara itu yang angkatan pelawatnya menjadi sebahagian daripada angkatannya untuk menjalankan perintah atau bidang kuasa ke atas anggota suatu angkatan;
“mahkamah Perkhidmatan” ertinya suatu mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang perkhidmatan dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa suatu negara yang diberikan kuasa di bawah undang-undang negara itu untuk mengkaji semula prosiding mahkamah sedemikian atau untuk membicarakan atau menyiasat pertuduhan yang dibawa terhadap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan negara itu; dan sebutan mengenai perbicaraan oleh, atau mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh, mahkamah Perkhidmatan suatu negara hendaklah ditafsirkan masing-masing sebagai termasuk sebutan mengenai perbicaraan oleh, dan mengenai hukuman yang dikenakan oleh, pihak berkuasa sedemikian dalam penjalanan kuasa itu;
“undang-undang perkhidmatan”, berhubung dengan suatu negara, ertinya undang-undang yang mentadbirkan semua atau mana-mana angkatan bagi negara itu;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
“angkatan pelawat” bagi maksud Akta ini ertinya mana-mana badan, kontinjen atau detasmen angkatan suatu negara yang baginya peruntukan itu terpakai, sebagai suatu badan, kontinjen atau detasmen yang pada masa itu berada di Malaysia secara sah menurut apa-apa triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia merupakan suatu pihak.
Bagi maksud Akta ini seseorang anggota suatu angkatan mana-mana negara (dengan apa jua nama dikenali) yang berupa suatu angkatan simpanan atau bantuan hendaklah disifatkan sebagai anggota angkatan negara itu selagi, tetapi hanya selagi, dia dikerah untuk berkhidmat dalam perkhidmatan sebenar (dengan apa jua ungkapan diperihalkan) atau dikerah untuk latihan; dan apa-apa sebutan dalam
Akta ini mengenai seseorang yang menjadi anggota angkatan negara itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Sebutan dalam Akta ini mengenai pihak berkuasa berkenaan suatu negara ialah sebutan mengenai pihak berkuasa itu yang dilantik oleh Kerajaan negara itu bagi maksud peruntukan itu.
Sebutan dalam Akta ini mengenai kehadiran mana-mana angkatan di Malaysia pada bila-bila masa hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai kewujudan mereka pada masa dalam transit ke Malaysia.
Dalam menentukan bagi maksud Akta ini sama ada seseorang sedang atau telah pada bila-bila masa biasanya bermastautin di Malaysia, tidak boleh diambil kira apa-apa tempoh semasa dia telah atau berniat untuk berada di Malaysia semasa menjadi anggota angkatan pelawat atau komponen awam bagi angkatan yang sedemikian, atau semasa menjadi tanggungan seseorang anggota suatu angkatan pelawat atau komponen awam yang sedemikian.
Sebutan dalam Akta ini mengenai suatu negara yang baginya
Akta ini terpakai ialah sebutan mengenai mana-mana negara yang ditetapkan bagi maksud peruntukan itu melalui perintah
Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (2).
Angkatan Pelawat 9
Jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa adalah suai manfaat bahawa semua atau mana-mana peruntukan Akta ini patut berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana negara, Yang di-Pertuan
Agong boleh melalui perintah menetapkan negara itu bagi maksud peruntukan yang sedemikian.
Yang di-Pertuan
Agong boleh melalui perintah memperuntukkan bahawa setakat yang Akta ini berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana negara yang ditetapkan di bawah subseksyen (2), ia hendaklah berkuat kuasa tertakluk pada apa-apa batasan, penyesuaian, atau ubah suaian (termasuk batasan, penyesuaian atau ubah suaian mana-mana takrif dalamnya) yang dinyatakan dalam perintah itu.
Dalam Bahagian II sebutan mengenai anggota komponen awam suatu angkatan pelawat ialah sebutan mengenai seseorang yang pada masa itu memenuhi syarat yang berikut, iaitu:
bahawa dia memegang pasport yang dikeluarkan berkenaan dengannya oleh suatu Kerajaan, yang bukan berupa pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pasport Malaysia;
bahawa pasport itu mengandungi catatan yang tidak dibatalkan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa dia seorang anggota komponen awam angkatan pelawat negara itu; dan
bahawa pasport itu mengandungi suatu nota pengiktirafan bagi catatan itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang belum dibatalkan dan yang mengikutnya tiada pemberitahuan bertulis telah diberikan oleh atau bagi pihak
Menteri (itu) kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara penghantar itu yang menyatakan bahawa pengiktirafan itu ditarik balik.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
Sebutan dalam perenggan (1)(c) mengenai suatu nota pengiktirafan bagi suatu catatan dalam pasport ialah sebutan mengenai apa-apa tanda atau petunjuk yang dibuat dalam pasport itu oleh atau bagi pihak Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi imigresen yang menandakan bahawa catatan itu telah dimaklumkan dan diluluskan.
Dalam seksyen ini ungkapan “pasport” termasuklah apa-apa dokumen yang, mengikut undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa di Malaysia, dikira sebagai setara dengan pasport dalam hal seseorang yang masuk ke Malaysia, sebagai seorang rakyat negara yang dokumen itu dikeluarkan oleh Kerajaannya itu.
s 5Takrif sekutu yang berkaitan
Dalam Bahagian II sebutan mengenai orang yang pada bila-bila masa mempunyai suatu sekutu yang berkaitan dengan suatu angkatan pelawat ialah sebutan mengenai kewujudannya pada masa itu seorang yang satu daripada atau lebih daripada perihalan yang berikut:
seorang anggota angkatan pelawat itu atau seorang anggota komponen awam angkatan itu;
seseorang (yang bukan warganegara Malaysia atau biasanya bermastautin di Malaysia) yang menjadi tanggungan bagi seseorang anggota angkatan pelawat itu atau komponen awam angkatan itu.
Bahagian II
Angkatan Pelawat
Bahagian III
Pembolos dan Anggota yang Tidak Hadir Tanpa Kebenaran
Bahagian IV
Sangkutan Kakitangan dan Kuasa Perintah Bersama
Bahagian V