Seksyen 15
Seksyen 15
Tertakluk pada seksyen ini, seksyen 64 dan 93 Akta
Angkatan Tentera 1972 [Akta 77] (yang berhubungan dengan pemberkasan, jagaan dan penghantaran ke dalam jagaan ketenteraan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada
Angkatan Tentera Malaysia) hendaklah di dalam Malaysia, terpakai berhubung dengan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada angkatan mana-mana negara yang baginya seksyen ini terpakai sebagaimana ia terpakai berhubung dengan pembolos dan anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran daripada
Angkatan Tentera Malaysia.
(2)
Kuasa yang diberikan oleh seksyen 64 dan 93 tersebut sebagaimana yang dipakai oleh subseksyen (1) tidak boleh dijalankan berhubung dengan seseorang kecuali dalam mematuhi suatu permintaan (sama ada secara khusus atau am) oleh pihak berkuasa bagi negara yang dia anggotai.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
(3)
Dalam seksyen 64 dan 93 Akta Angkatan Tentera 1972
sebagaimana yang dipakai oleh subseksyen (1)—
(a)
sebutan mengenai penghantaran seseorang ke dalam jagaan ketenteraan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penyerahan orang itu kepada pihak berkuasa bagi negara yang dia anggotai, di tempat di Malaysia yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu; dan
(b)
sebutan mengenai Pegawai Jeneral Yang Memerintah
Tentera Malaysia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa berkenaan bagi negara yang dianggotai orang itu.
(4)
Dalam seksyen ini sebutan mengenai negara yang dianggotai orang itu merupakan sebutan mengenai negara yang daripada angkatannya disyaki merupakan atau (jika dia telah menyerahkan dirinya) didapati daripada pengakuannya menjadi seorang pembolos atau anggota yang tidak hadir tanpa kebenaran.