Skip to content

Seksyen 6

of Akta Angkatan Pelawat 1960

ActIn forceProvision 6 of 19

Seksyen 6

(1)

Mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai boleh di dalam

Angkatan Pelawat 11

Malaysia, atau dalam mana-mana kapal atau pesawat udara kepunyaan mana-mana Kerajaan di Malaysia, menjalankan ke atas orang yang tertakluk pada bidang kuasa mereka mengikut seksyen ini segala kuasa yang boleh dijalankan oleh mereka mengikut undang-undang negara itu.

(2)

Orang yang tertakluk pada bidang kuasa mahkamah

Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan suatu negara mengikut seksyen ini adalah seperti yang berikut, iaitu:

(a)

anggota mana-mana angkatan pelawat negara itu;

(b)

semua orang, yang bukan warganegara Malaysia, yang dipinjamkan atau secara sementara disangkutkan kepada atau yang berkhidmat dengan angkatan tentera Malaysia mengikut apa-apa triti, perkiraan atau perjanjian yang

Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak, dan yang melalui terma dan syarat perkhidmatan mereka tertakluk pada bidang kuasa mahkamah dan pihak berkuasa itu; dan

(c)

semua orang lain yang, bukan warganegara Malaysia atau tidak biasanya bermastautin di Malaysia, adalah pada masa itu tertakluk pada undang-undang perkhidmatan negara itu selain sebagai anggota angkatan negara itu;

Dengan syarat bahawa bagi maksud subseksyen ini seseorang tidak boleh dikira sebagai anggota suatu angkatan pelawat suatu negara jika dia menjadi (atau telah terakhir menjadi) seorang anggota angkatan negara itu pada masa dia berada di Malaysia, melainkan jika ditunjukkan bahawa dia kemudiannya menjadi seorang anggota angkatan itu dengan persetujuannya.

(3)

Jika apa-apa hukuman telah, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia, dijatuhkan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai ke atas seseorang yang sebaik sebelum hukuman itu dijatuhkan telah tertakluk pada bidang kuasa mahkamah itu mengikut seksyen ini, maka bagi maksud apa-apa prosiding dalam suatu mahkamah Malaysia mahkamah Perkhidmatan tersebut hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sepatutnya, dan hukuman itu hendaklah disifatkan sebagai dalam bidang kuasa

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 432

mahkamah itu dan mengikut undang-undang negara itu, dan jika dilaksanakan mengikut maksud hukuman itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dengan sah.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, suatu hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai tidak boleh dilaksanakan di Malaysia melainkan jika di bawah undang-undang Malaysia suatu hukuman mati boleh dijatuhkan dalam kes yang serupa.

(5)

Mana-mana orang yang—

(a)

ditahan dalam jagaan menurut suatu hukuman yang berkenaan dengannya subseksyen (3) berkuat kuasa; atau

(b)

menjadi tertakluk mengikut seksyen ini kepada bidang kuasa mahkamah Perkhidmatan suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai, ditahan dalam jagaan sementara menanti atau semasa perbicaraan oleh mahkamah yang sedemikian suatu pertuduhan dibawa terhadapnya, hendaklah bagi maksud apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia disifatkan berada dalam jagaan yang sah.

(6)

Bagi maksud membolehkan mahkamah Perkhidmatan dan pihak berkuasa Perkhidmatan bagi suatu negara yang baginya seksyen ini terpakai menjalankan dengan lebih berkesan kuasa yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri boleh, jika diminta sedemikian oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu, dari semasa ke semasa melalui perintah am atau khas mengarahkan anggota angkatan

Malaysia untuk menangkap mana-mana orang, yang berupa anggota suatu angkatan pelawat negara itu, yang dikatakan melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang-undang negara itu, dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Perkhidmatan bagi negara itu sebagaimana yang ditetapkan oleh atau di bawah perintah itu.

Angkatan Pelawat 13

Sekatan berkenaan dengan kesalahan tertentu, bagi perbicaraan pesalah yang dikaitkan dengan angkatan pelawat