Seksyen 18
Seksyen 18
Bagi maksud Akta ini—
(a)
suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi sesuatu negara, yang menyatakan bahawa suatu badan, kontinjen atau detasmen bagi angkatan negara itu sedang, atau telah pada masa yang dinyatakan dalam perakuan itu, berada di
Malaysia, hendaklah dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah Malaysia menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian; dan
(b)
jika dalam apa-apa prosiding sedemikian diakui atau dibuktikan (sama ada dengan cara suatu perakuan di bawah perenggan yang terdahulu atau selainnya) bahawa suatu badan, kontinjen atau detasmen bagi angkatan sesuatu negara sedang atau telah pada bila-bila masa berada di Malaysia, hendaklah dianggap dalam prosiding itu, melainkan jika ditunjukkan sebaliknya, bahawa badan, kontinjen atau detasmen itu sedang atau telah pada masa itu dengan sahnya berada di Malaysia.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 432
(2)
Jika dalam mana-mana perakuan yang dikeluarkan bagi maksud Akta ini rujukan dibuat kepada seseorang dengan nama, dan dalam apa-apa prosiding dalam sesuatu mahkamah Malaysia rujukan dibuat kepada seseorang dengan nama itu (sama ada sebagai suatu pihak dalam prosiding itu atau selainnya), rujukan dalam perakuan itu dan dalam prosiding itu masing-masing hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai rujukan kepada satu orang dan orang yang sama.
(3)
Apa-apa dokumen yang berupa sebagai perakuan yang dikeluarkan bagi maksud Akta ini, dan hendaklah ditandatangani oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang dinyatakan dalamnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dan hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa itu; dan jika di bawah peruntukan yang berkenaan suatu perakuan dikehendaki dikeluarkan oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan bagi suatu negara, dan dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa negara itu, pihak berkuasa itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai pihak berkuasa yang berkenaan bagi negara itu bagi maksud peruntukan itu.
Pemansuhan