Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian V · Rizab Hidupan Liar dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar

48. Kebenaran untuk memasuki rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar melainkan jika dia terlebih dahulu memperoleh suatu kebenaran bertulis daripada Pengarah yang membenarkannya berbuat demikian.

(2)

Tiada seorang pun boleh diberi suatu kebenaran bertulis membenarkannya memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar melainkan jika dia memuaskan hati

Pengarah dengan membuat permohonan bertulis bahawa dia berhasrat untuk memasuki rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar itu bagi maksud seni, sains atau rekreasi.

(3)

Suatu kebenaran bertulis yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah menyatakan tempoh pemegang kebenaran itu dibenarkan untuk memasuki rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar itu, dan tempoh itu tidak boleh melebihi satu bulan tetapi boleh diperbaharui bagi tempoh sehingga satu bulan pada sesuatu masa.

(4)

Jika seseorang yang dibenarkan untuk memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar memasuki rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar itu, dia boleh dikehendaki supaya diiringi oleh Pengarah atau oleh mana-mana pegawai lain.

Larangan perbuatan tertentu di dalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar

Report

Bahagian VI

Pengecualian Am dan Anggapan

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules