Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian V · Rizab Hidupan Liar dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar
47. Perisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar
Feedback & supportPihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta —
mengisytiharkan mana-mana tanah Negeri sebagai suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar dan menetapkan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan ke atas rizab atau tempat perlindungan itu;
menetapkan dan mengubah sempadan rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar itu;
dalam hal rizab hidupan liar, menetapkan haiwan dan burung tertentu (yang bukan hidupan liar mengikut Akta ini) sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dilindungi
(mengikut kehendak keadaan)
yang hendaklah menjadi tambahan kepada senarai mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini.
Pemuliharaan Hidupan Liar 39