Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti

60. Memburu, dsb., hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang —

(a)

memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi (selain hidupan liar yang dilindungi yang tidak matang atau hidupan liar betina yang dilindungi); atau

(b)

mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan Common Shama

(Copsychus malabaricus),

Oriental

White

Eye

(Zosterops palpebrosa) atau Hill Myna (Gracula religiosa), melebihi dua puluh kepala, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

Report

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules