Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 1
9. Kehendak bagi lesen
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh —
memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi;
mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi;
memungut sarang burung;
menjalankan urusan berniaga;
menjalankan perniagaan taksidermi;
mengimport, mengeksport atau mengeksport semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, melainkan jika dia memegang suatu lesen yang diberikan di bawah
Akta ini.
Bagi maksud perenggan (1)(d), suatu lesen yang berasingan diperlukan bagi setiap aktiviti perniagaan itu.
Seseorang yang berhasrat untuk menjalankan urusan berniaga atau perniagaan taksidermi di lebih daripada satu tempat perniagaan hendaklah memohon lesen yang berasingan bagi setiap tempat perniagaan.
Pemuliharaan Hidupan Liar 21