(1)
Maka hendaklah dilantik seorang Ketua Pengarah, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah,
Penolong Pengarah dan Renjer sebagaimana yang perlu bagi maksud
Akta ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini.
(3)
Tiap-tiap pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
(4)
Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
(5)
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa dan budi bicara yang terletak hak pada
Pengarah oleh Akta ini.