Act of Parliament · Updated to 1 Oct 2014 · 13 parts
Wildlife Conservation Act 2010
Feedback & supportProtecting and conserving wildlifeLong title
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
In force · Updated to 1 Oct 2014
Bahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemuliharaan Hidupan
Liar 2010.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana hidupan liar yang termasuk di bawah Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Perikanan 1985 [Akta 317].
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“ahli taksidermi berlesen” ertinya seseorang yang diberi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan ahli taksidermi di bawah Akta ini;
“bahagian atau terbitan” ertinya mana-mana bahagian besar yang lengkap atau bahagian atau terbitan suatu hidupan liar, yang dalam bentuk semula jadi, diisikan, didinginkan, diawetkan, dikeringkan, diproses atau selainnya dirawat atau disediakan yang boleh atau tidak boleh dikandungkan dalam sediaan, dan termasuklah —
daging, tulang, belulang, kulit, taring, tanduk, tanduk rusa, kelenjar, bulu pelepah, bulu, gigi, kuku, cangkerang, sisik, sarang dan telur;
tisu, darah, lemak, minyak, susu, bisa, air liur, air kencing dan najis;
apa-apa sebatian yang terbit daripada apa-apa yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau
apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi apa-apa bahagian atau terbitan hidupan liar;
“bahaya serta-merta kepada nyawa manusia” ertinya bahaya yang mengenainya terdapat alasan untuk mempercayai bahawa jika mana-mana hidupan liar tidak ditangkap atau dibunuh, hidupan liar itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia;
“eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar;
Pemuliharaan Hidupan Liar 13
“eksport semula” ertinya eksport mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang sebelum ini telah diimport;
“hibrid” ertinya hasil kacukan —
mana-mana hidupan liar dengan mana-mana haiwan lain;
atau
mana-mana hidupan liar dengan spesies hidupan liar yang lain;
“hidupan liar” ertinya mana-mana spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak;
“hidupan liar yang dilindungi” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“hidupan liar yang tidak matang” ertinya mana-mana hidupan liar yang tidak memenuhi standard kematangan yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga;
“hutan simpanan kekal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]
“import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;
“jenut” termasuklah apa-apa mata air galian atau tanah yang mempunyai atau mengandungi garam atau apa-apa galian lain, yang berfaedah untuk kesihatan atau kebaikan jika dimakan oleh hidupan liar;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
“jerat” ertinya jerat yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh;
“kawasan perlindungan hidupan liar” ertinya suatu kawasan yang diisytiharkan di bawah Bahagian V sebagai suatu kawasan perlindungan hidupan liar;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hidupan Liar dan
Taman Negara;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini;
“memburu” termasuklah mengejar, memerangkap, menangkap, mengambil atau membunuh mana-mana hidupan liar dengan apa-apa cara yang ditetapkan, sama ada atau tidak hidupan liar itu pada masa itu atau kemudiannya diambil, diperangkap, ditangkap atau dibunuh;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan hidupan liar;
“musim terbuka” ertinya suatu tempoh yang dalamnya hidupan liar yang dilindungi boleh diburu sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini;
“orang asli” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
“pegawai” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“pegawai pelesen”—
berhubungan dengan suatu lesen, ertinya Pengarah, Timbalan
Pengarah atau Penolong Pengarah; dan
berhubungan dengan suatu permit atau permit khas, ertinya
Ketua Pengarah;
“pegawai penguat kuasa” ertinya –
mana-mana pegawai;
Pemuliharaan Hidupan Liar 15
mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
mana-mana pegawai kastam yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta
Kastam 1967 [Akta 235]; dan
mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara sah di bawah seksyen 90;
“pembiakbakaan dalam kurungan komersial” ertinya pembiakan hidupan liar dalam suatu persekitaran terkawal daripada induk yang mengawan atau selainnya memindahkan gametnya dalam suatu persekitaran terkawal bagi maksud komersial;
“pemburu berlesen” ertinya seseorang yang diberi suatu lesen untuk memburu mana-mana hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta ini;
“pemungut sarang burung” ertinya seseorang yang diberi suatu lesen untuk memungut sarang burung di bawah Akta ini;
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“Pengarah” ertinya Pengarah Hidupan Liar dan Taman Negara;
“peniaga berlesen” ertinya seseorang yang diberi suatu lesen untuk menjalankan urusan berniaga di bawah Akta ini;
“Penolong Pengarah” ertinya Penolong Pengarah Hidupan Liar dan
Taman Negara;
“permit” ertinya suatu permit yang diberikan di bawah Akta ini;
“permit khas” ertinya suatu permit khas yang diberikan di bawah
Akta ini;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
“perniagaan taksidermi” ertinya suatu perniagaan yang melibatkan penjalanan aktiviti yang berikut:
menyediakan, mengawet, mengisi atau melekapkan mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar; atau
membuat atau mencipta suatu barang atau benda daripada mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;
“persekitaran terkawal” termasuklah suatu persekitaran yang dimanipulasikan bagi maksud menghasilkan spesimen suatu spesies hidupan liar tertentu yang mempunyai sempadan yang direka bentuk untuk mencegah hidupan liar, telur atau gamet hidupan liar itu daripada memasuki atau meninggalkan persekitaran tertentu itu, dan yang ciri-ciri umumnya boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat tinggal buatan, penyingkiran buangan, jagaan kesihatan, perlindungan daripada pemangsa, dan makanan yang dibekalkan secara tiruan;
“premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform dan tanah sama ada dipagari atau dibina di atasnya atau tidak;
“racun” ertinya apa-apa bahan yang berbahaya kepada mana-mana hidupan liar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat atau apa-apa bahan lain yang diperakui oleh ahli kimia Kerajaan sebagai berbahaya kepada mana-mana hidupan liar;
“Renjer” ertinya Renjer Hidupan Liar dan Taman Negara;
“rizab hidupan liar” ertinya suatu kawasan yang diisytiharkan di bawah Bahagian V sebagai rizab hidupan liar;
“sarang” ertinya apa-apa tempat tinggal, jerumun atau apa-apa struktur lain yang dibina atau digunakan oleh mana-mana hidupan liar untuk —
prokreasi;
Pemuliharaan Hidupan Liar 17
bertelur;
mengeramkan telur;
melindungi telur atau anak yang tidak matang; atau
memelihara anak yang tidak matang;
“senjata” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Senjata 1960 [Akta 206];
“spesies yang dikawal” ertinya mana-mana spesies yang dinyatakan dalam Jadual Kelima yang menimbulkan bahaya kepada kesihatan atau keselamatan mana-mana orang atau menimbulkan bahaya kepada harta, hidupan liar atau habitat hidupan liar;
“tanah Negeri” ertinya tanah Negeri mengikut pengertian Kanun
Tanah Negara [Akta 56/1965];
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah
Hidupan Liar dan Taman Negara;
“Timbalan Pengarah” ertinya Timbalan Pengarah Hidupan Liar dan
Taman Negara;
“umpan” termasuklah apa-apa peralatan bunyi atau alat pandang dengar, lampu, garam atau belerang yang digunakan bagi maksud memerangkap mana-mana hidupan liar;
“umpan beracun” ertinya apa-apa umpan yang boleh menjadi tarikan kepada mana-mana hidupan liar yang disalut dengan, dicelup, dilumur atau selainnya diisi dengan, racun;
“urusan berniaga” ertinya suatu urusan yang melibatkan penjalanan aktiviti yang berikut:
menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sebagai makanan atau bagi maksud perubatan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi; atau
menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar untuk dijual.
Bahagian II
Bahagian III
Peruntukan Pelesenan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bahagian IV
Bahagian V
Rizab Hidupan Liar dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar
Bahagian VI
Pengecualian Am dan Anggapan
Bahagian VII
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Bahagian VIII