42. Pindaan seksyen 70
Feedback & supportSeksyen 70 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit” dengan perkataan
“dua puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya tetapi denda itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya”; dan
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “dua ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”.
Undang-Undang Malaysia 28