41. Pindaan seksyen 69
Feedback & supportSeksyen 69 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “sepuluh tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”; dan
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “satu ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus ribu ringgit bagi setiap hidupan liar”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”.