Seksyen 49
of Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022
Seksyen 49
Tiada seorang pun boleh dalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar—
(a)
memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung;
(b)
mengambil, mengganggu, merosakkan atau memusnahkan sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung; atau
(c)
mengganggu, memotong, mengalihkan atau mengambil apa-apa tanih, pokok kayu atau tumbuh-tumbuhan.
(2)
Walau apapun subseksyen (1), seorang pemegang permit untuk menjalankan penyelidikan atau kajian dalam mana-mana rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar atau mana-mana orang yang diberi suatu kebenaran bertulis di bawah seksyen 48 untuk memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud sains boleh, dengan terlebih dahulu mendapatkan kelulusan
Ketua Pengarah, memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil atau mengganggu sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil apa-apa sampel dalam bentuk lain, di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud penyelidikan, kajian atau sains.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
21
Pindaan seksyen 50