Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

40. Pindaan seksyen 68

Feedback & support

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“tidak melebihi satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan

“tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dinyatakan dalam

Jadual Kesembilan atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun;”;

(ii)

dengan memotong perenggan (b); dan

(iii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dinyatakan dalam Jadual

Kesepuluh atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

Report