38. Penggantian seksyen 66
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 66 dengan seksyen yang berikut:
s 66“Mengendalikan zoo, dsb., tanpa permit
Mana-mana orang yang mengendalikan—
zoo tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;
pameran hidupan liar, pembiakbakaan dalam kurungan komersial atau kemudahan rehabilitasi hidupan liar tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.