59. Penggantian seksyen 87
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 87 dengan seksyen yang berikut:
s 87“Benda yang mengandungi bahagian atau terbitan hidupan liar
Mana-mana orang yang menjual atau mempromosi untuk menjual apa-apa benda yang didakwa mengandungi apa-apa bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang pada hakikatnya tidak ada bahagian atau terbitan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.