Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

61. Seksyen baharu 88a dan 88b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88

seksyen yang berikut:

“Menganjurkan pertunjukan hidupan liar 88a.  (1)   Tiada seorang pun boleh menganjurkan pertunjukan hidupan liar melainkan jika dia pemegang permit untuk mengendalikan zoo.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “pertunjukan hidupan liar”

ertinya suatu aktiviti yang berasaskan perlakuan semula jadi hidupan liar yang melibatkan persembahan hidupan liar di suatu tapak khas atau pentas di dalam premis zoo dan dikendalikan oleh jurulatih hidupan liar.

Promosi hidupan liar 88b.  (1)  Tiada seorang pun boleh mempromosi mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar bagi urusan berniaga melainkan jika dia peniaga berlesen atau pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lapan puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit.”.

Undang-Undang Malaysia 34

Report