68. Pindaan seksyen 120
Feedback & supportSeksyen 120 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan
“yang dilindungi”;
Undang-Undang Malaysia 36
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang, selain peniaga berlesen, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga, pembiak baka dalam kurungan atau pemegang permit untuk mengendalikan zoo hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar hanya daripada—
peniaga berlesen, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan; atau
Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
dengan menggantikan perkataan “satu tahun”
dengan perkataan “tiga tahun”.