70. Seksyen baharu 123a
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 123
seksyen yang berikut:
“Maklumat palsu 123a. Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.