Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

74. Jadual baharu

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketujuh jadual yang berikut:

“Jadual Kelapan

[Subseksyen 60(2)]

HIDUPAN LIAR YANG DILINDUNGI BAGI MAKSUD

SUBSEKSYEN 60(2)

s 1Tafsiran Jadual Kelapan

Spesies yang termasuk dalam Jadual ini disebut—

(a)

dengan nama spesies itu; atau

(b)

sebagai semua spesies yang termasuk dalam suatu takson yang lebih tinggi atau bahagian yang ditetapkan daripadanya.

s 2Section 2

Singkatan “spp.” digunakan untuk menandakan semua spesies daripada suatu takson yang lebih tinggi.

Undang-Undang Malaysia 40

s 3Akta A1646

Sebutan lain mengenai taksa yang lebih tinggi daripada spesies adalah bagi maksud maklumat atau pengelasan sahaja. Nama biasa yang dimasukkan selepas nama saintifik bagi sesuatu famili adalah untuk rujukan sahaja. Ia bertujuan untuk menunjukkan spesies dalam famili yang berkenaan yang dimasukkan dalam Jadual ini. Dalam kebanyakan hal, ini bukanlah semua spesies dalam famili itu.

s 4Section 4

Jika terdapat percanggahan antara nama saintifik dengan nama tempatan dan nama biasa dalam penggunaan nama mana-mana spesies dalam Jadual ini, nama saintifik hendaklah terpakai.

Nama Saintifik

Nama Tempatan

Nama Biasa

KELAS AVES

Copsychus malabaricus

Murai Batu

White-rumped Shama

Gracula religiosa

Tiong Mas

Hill Myna

Zosterops palpebrosus

Kelicap Kunyit

Oriental White Eye

Report

Schedules