Seksyen 21
PAMPASAN PEKERJA 39
Jika mana-mana majikan telah membuat Kebankrapan sesuatu kontrak dengan mana-mana penanggung ™!\
insurans berkenaan dengan apa-apa liabiliti di bawah
Akta ini terhadap mana-mana pekerja, maka, sekiranya majikan itu menjadi bankrap atau membuat sesuatu komposisi atau skim perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya, atau, jika majikan itu adalah sebuah syarikat, sekiranya syarikat itu telah mula untuk digulung atau seorang penerima atau pengurus perniagaan atau pengusahaan syarikat telah dilantik dengan wajarnya atau milikan telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur yang terjamin oleh caj terapung atas mana-mana harta yang terkandung di dalam gadaian itu atau tertakluk kepada gadaian itu, hak majikan terhadap penanggung insurans itu berkenaan dengan liabiliti itu hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat yang sedang berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya, dipindah kepada atau diletakhak pada pekerja itu, dan sesudah apa-apa pemindahan penanggung insurans hendaklah mempunyai hak dan remedi yang serupa dan tertakluk kepada liabiliti yang serupa seolah-olah mereka itu adalah majikan, supaya, tidak kira apa jua, penanggung insurans itu tidaklah akan berada di bawah apa-apa liabiliti yang lebih besar kepada pekerja itu dari yang mereka akan bertanggungan kepada majikan sekiranya pemindahan itu tidak berlaku.
(2)
Jika liabiliti penanggung insurans kepada pekerja itu adalah kurang daripada liabiliti majikan kepada pekerja, pekerja itu boleh membuktikan bagi baki dalam kebankrapan atau penyelesaian hutang-piutang itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mendapatkan bayaran baki itu daripada penerima atau pengurus itu.
(3)
Jika dalam mana-mana hal seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kontrak majikan dengan penanggung insurans adalah tak sah atau boleh jadi batal oleh sebab ketidakpatuhan pada pihak majikan terhadap mana-mana terma atau syarat kontrak itu
[Bah. II, S. 21]
40 Axta 273
(selain daripada penetapan bagi bayaran premium), peruntukan subseksyen itu hendaklah terpakai seolah-olah kontrak itu tidak tak sah atau tidak boleh jadi batal, dan penanggung insurans adalah berhak untuk membuktikan dalam kebankrapan atau penyelesaian hutang-piutang bagi amaun yang dibayar kepada pekerja itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini adalah tidak terpakai dalam mana-mana hal di mana pekerja itu gagal memberi notis kepada penanggung insurans tentang berlakunya kemalangan itu dan tentang apa-apa takdaya yang terjadi dengan seberapa segera yang boleh dipraktikkan selepas dia menyedari tentang pemulaan prosiding kebankrapan atau prosiding penyelesaian hutang-piutang dan bahawa majikan ini adalah diinsuranskan dan dengan siapa dia diinsuranskan.
Singlet (4) Maka hendaklah dimasukkan di antara hutang-
[Akia 55/67.) hutang yang—
[Diubahsuai (a) di bawah seksyen 43 Akta Kebankrapan 1967, i781) hendaklah dibayar dengan diberi prioriti dari semua hutang-hutang lain;
(b)
di bawah seksyen 292 Akta Syarikat 1965, hendaklah dibayar dengan diberi prioriti dari semua hutang-hutang lain; dan
(c)
di bawah seksyen 191 Akta Syarikat 1965, hendaklah dibayar dengan diberi prioriti dari mana-mana tuntutan bagi wang pokok atau faedah berkenaan dengan debentur, amaun yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa pampasan atau liabiliti bagi pampasan yang terakru sebelum tarikh-tarikh berikut, iaitu—
(i)
dalam hal (a) yang tersebut di atas, tarikh perintah itu;
(ii)
dalam hal (b) yang tersebut di atas, tarikh bermulanya penggulungan syarikat, atau, jika syarikat itu diperintahkan digulungkan dengan wajib dan tidak sebelum itu memulakan untuk digulungkan dengan sukarela, tarikh perintah penggulungan itu; dan
[Bah. Il, S. 21-22]
PAMPASAN PEKERJA 41
(iii)
dalam hal (c) yang tersebut di atas, tarikh perlantikan penerima atau milikan diambil sebagaimana disebut dalam seksyen 191
tersebut.
(5)
Jika pampasan itu adalah bayaran setengah bulan, amaun yang kena dibayar berkenaan dengannya hendaklah, bagi maksud seksyen ini, diterima sebagai amaun wang pukal yang ke dalamnya bayaran setengah bulan boleh, jika boleh diganti, digantikan jika permohonan dibuat bagi maksud di bawah seksyen 17
dan suatu perakuan Pesuruhjaya tentang amaun jumlah wang itu hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.
(6)
Peruntukan subseksyen (4) hendaklah terpakai dalam hal apa-apa amaun yang seseorang penanggung insurans berhak membuktikan di bawah subseksyen
(3)
, tetapi selainnya peruntukan itu tidaklah terpakai jika sibankrap atau syarikat yang sedang digulung itu telah membuat sesuatu kontrak dengan penanggung insurans seperti yang disebut dalam subseksyen (1).
(7)
Seksyen ini tidaklah terpakai jika sesuatu syarikat digulung dengan sukarela hanya bagi maksud penyusunan semula atau penyatuan dengan syarikat lain sahaja.