Skip to content

Seksyen 31156

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 22 of 46

Seksyen 31156

)

32 Axta 273

(6)

Bagi maksud seksyen ini “‘majikan” hendaklah termasuk orang, jika ada, yang disebut dalam seksyen 19 sebagai “prinsipal”,

14, (1) Apabila notis tentang kemalangan telah diberi kepada majikan oleh pekerja atau oleh Pesuruhjaya bagi pihak pekerja majikan itu boleh menawarkan supaya pekerja itu diperiksa, oleh pengamal perubatan berdaftar, dengan percuma kepada pekerja itu, dan pekerja itu hendaklah dengan secepat mungkin menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan itu; dan mana-mana pekerja yang sedang menerima bayaran setengah bulan di bawah Akta ini hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan itu dari semasa ke semasa:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pekerja pun akan dikehendaki menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan itu melainkan mengikut Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika seseorang pekerja, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh majikan itu di bawah subseksyen (1), atau oleh Pesuruhjaya, atau oleh

Penimbangtara, pada bila-bila masa enggan menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar yang perkhidmatannya telah ditawarkan kepadanya oleh majikan dengan percuma, atau dengan apa cara jua menghalang pemeriksaan itu, haknya terhadap pampasan hendaklah digantung sepanjang tempoh berlanjutannya keengganan atau halangan itu.

(3)

Jika seseorang pekerja setelah dikehendaki ber-buat demikian, dan sebelum tamatnya tempoh dalam mana dia berkewajipan di bawah subseksyen (1), menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan perubatan, dengan sukarela meninggalkan tempat di mana dia bermastautin pada masa kemalangan itu, tanpa diperiksa sedemikian, haknya terhadap pampasan hendaklah digantung sehingga dia memberitahu majikannya alamat barunya dan menawarkan dirinya bagi pemeriksaan itu.

(Bah. Il, S. 14]

PAMPASAN PEKERJA 33

(4)

Jika seseorang pekerja, yang haknya terhadap pampasan telah digantung di bawah subseksyen (2)

atau (3), mati tanpa menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan perubatan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen-subseksyen itu, Pesuruhjaya boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya pampasan dibayar kepada orang tanggungan pekerja yang telah mati itu.

(5)

Jika di bawah subseksyen (2) atau (3) hak terhadap pampasan digantung, tiada pampasan hendaklah kena dibayar berkenaan dengan tempoh penggantungan itu, dan, jika tempoh penggantungan itu bermula sebelum tamatnya tempoh menanti yang disebut dalam seksyen 4 (2) (a), tempoh menanti itu hendaklah dipanjangkan dengan tempoh sepanjang berlanjutannya penggantungan itu.

(6)

Jika pekerja yang tercedera telah enggan untuk dirawat oleh pengamal perubatan berdaftar yang perkhidmatannya telah ditawarkan oleh majikan kepadanya dengan percuma atau, setelah bersetuju menerima tawaran itu, telah gagal melaksanakan atau dengan sengaja tidak mengendahkan arahan-arahan bagi rawatannya oleh pengamal perubatan itu, maka—

(a)

jika pekerja itu sedang menerima bayaran setengah bulan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini, Pesuruhjaya boleh memerintahkan penggantungan bayaran setengah bulan itu sehingga pekerja itu bersetuju menerima rawatan itu atau telah melaksanakan arahan-arahan itu, dan boleh selanjutnya, jika dia berpuas hati bahawa tempoh takdaya pekerja itu telah dipanjangkan kerana keengganan, kegagalan atau tidak endah itu, memerintahkan supaya dihadkan tempoh bayaran setengah bulan itu kepada sesuatu tempoh, yang dikira dari tarikh kecederaan, sebagaimana takdaya pekerja itu boleh dengan munasabahnya dijangka berterusan, sekiranya dia telah bersetuju menerima rawatan dan menurut arahan-arahan; atau

[Ord. Pin.