Skip to content

Seksyen 39

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 44 of 46

Seksyen 39

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tiada rayuan dari mana-mana perintah

Penimbangtara boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi.

(2)

Jika Hakim Mahkamah Tinggi menandatangani sesuatu perakuan bahawa keputusan Penimbangtara melibatkan persoalan undang-undang yang mana ianya adalah dikehendaki bagi kepentingan awam untuk diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, atas permohonan yang dibuat bagi maksud itu oleh atau bagi pihak seseorang pekerja atau majikannya, maka rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi.

(3)

Sesuatu rayuan daripada mana-mana keputusan

Hakim di bawah seksyen ini boleh dibuat ke

Mahkamah Persekutuan.

(4)

Sesuatu rayuan tidak boleh dibuat dalam mana-mana hal di mana semua pihak telah bersetuju mematuhi keputusan Penimbangtara atau di mana perintah Penimbangtara memberi natijah kepada persetujuan yang dicapai oleh pihak-pihak itu.

(5)

Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah, prosedur dalam sesuatu rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah prosedur dalam sesuatu rayuan sivil daripada

Mahkamah Sesyen dengan apa-apa pengubahsuaian mengikut kehendak hal keadaan.

Kuasa mengemuka-kan kes.

[Akta Pin.

tahun 1964.]

Rayuan daripada

Penimbang-tara.

[Akta Pin.

tahun 1964.]

[Bah. Il, S. 40-41]

Penguat-kuasaan perintah dan persctujuan,

[Diubahsuat

P.U, 332/58.)

Batasan terhadap hak tindakan pekerja.

54 AxTA 273