Skip to content

Seksyen 42

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 46 of 46

Seksyen 42

(1)

Jika sesuatu perkiraan telah dibuat di antara

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana-mana bahagian

Komanwel, di mana jumlah wang yang diawardkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pampasan pekerja di Malaysia kepada benefisiari yang adalah pemastautin atau menjadi pemastautin di wilayah yang ditadbirkan oleh mana-mana

Kerajaan itu, dan jumlah wang yang diawardkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pampasan pekerja di mana-mana wilayah sedemikian kepada benefisiari yang adalah pemastautin atau menjadi pemastautin di Malaysia, boleh atas permintaan pihak berkuasa yang membuat award itu dipindahkan kepada dan ditadbirkan oleh suatu pihak berkuasa kompeten di mana-mana wilayah itu atau oleh Pesuruhjaya di Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, wang yang dalam tangan Pesuruhjaya itu hendaklah dipindahkan, dan wang yang diterima olehnya hendaklah ditadbirkan, dalam cara yang ditetapkan,

(2)

Dalam seksyen ini ‘‘Komanwel” tidak termasuk mana-mana wilayah yang ditadbirkan oleh Kerajaan mana-mana bahagian daripada dominion Duli Yang

Maha Mulia Raja Britain mengikut mandat daripada

Liga Bangsa atau di bawah sistem peramanahan

Bangsa-bangsa Bersatu yang Duli Yang Maha Mulia

Raja Britain tidak, melalui Perintah dalam Majlis

Mesyuarat, mengarahkan supaya dianggap seolah-olah mereka termasuk dalam dominion Baginda bagi maksud-maksud Akta Pampasan Pekerja (Pemindahan

Kumpulan Wang) 1927.

43, (1) Menteri boleh membuat Peraturan-Peraturan bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini.

[Bah. Ill, S. 43]

PAMPASAN PEKERJA 57

(2)

Khasnya, dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, Peraturan-Peraturan itu boleh:

(a)

Paragraph

(b)

(bb)

(d)

menetapkan had yang tertakluk kepadanya pegawal-pegawai yang dilantik —bagi menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberi dan dikenakan ke atas

Pesuruhjaya boleh menjalankan dan melaksanakan kuasa dan tugas itu;

menetapkan lat-lat tempoh pada mana dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya seseorang pekerja boleh dikehendaki menghadirkan dirinya untuk diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen-seksyen 5 dan 14;

memperuntukkan bagi perlantikan, prosedur dan kuasa mana-mana Lembaga Perubatan yang dikehendaki untuk ditubuhkan bagi maksud memperakui mana-manapenyakit yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, dan menetapkan lat-lat tempoh pada mana dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya seseorang pekerja boleh dikehendaki menghadirkan dirinya bagi pemeriksaan oleh

Lembaga itu di bawah seksyen-seksyen 5 dan 14;

[Ditambah Ord.

31/56.]

menetapkan cara yang wang dalam tangan [Diubahsuai seseorang pegawai yang dilantik oleh Menteri ?.U- 332/58.)

di bawah Akta ini bagi menjalankan dan melaksanakan segala atau mana-mana kuasa yang diberi dan tugas yang dikenakan ke atas

Pesuruhjaya oleh Akta ini boleh dilabur bagi faedah orang tanggungan pekerja yang telah mati dan dipindahkan daripada seorang pegawai sedemikian kepada seorang yang lain di bawah seksyen 10;

menetapkan prosedur bagi mengkaji semula pampasan oleh Pesuruhjaya — atau

Penimbangtara apabila pekerja yang tercedera menolak rawatan di bawah seksyen 14 (6) atau menolak rawatan sama ada di hospital yang diluluskan atau hospital khas;

[Bah. III, S. 43]

[Diubahsuai

P.U. 332158.)

(e)

menetapkan lat-lat tempoh pada mana dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu permohonan bagi kajian semula boleh dibuat di bawah seksyen-seksyen 14 (6), 15 (4)

dan 16;

(f)

menetapkan prosedur untuk diikuti apabila pengamal perubatan berdaftar yang telah memeriksa pekerja memperakui bahawa rawatan sama ada di hospital yang diluluskan atau hospital khas adalah perlu di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (2) seksyen 15

masing-masing dan prosedur bagi bayaran fee hospital dan kos anggota palsu dan alat pembedahan di bawah seksyen 15 (3);

(g)

menetapkan prosedur bagi menerima dan melupuskan wang yang dihutang oleh majikan kepada pekerja yang telah mati di bawah seksyen 25;

(gg) (Dipotong oleh Akta A361);

(h)

menetapkan prosedur untuk diikuti dalam penyiasatan atau siasatan di bawah seksyen 27;

(i)

menetapkan bentuk dan cara yang memo-randum persetujuan hendaklah disampaikan dan direkodkan di bawah seksyen 28;

(j)

menetapkan fee di bawah seksyen 30;

(k)

menetapkan prosedur bagi Penimbangtara memilih orang yang mempunyai pengetahuan khas untuk membantunya di bawah seksyen 33;

(1)

mengawalselia pemindahan perkara dan kes dari satu Negeri ke satu Negeri yang lain dan pemindahan wang dalam kes sedemikian di bawah seksyen 34;

(m)

menetapkan sekil kos yang boleh dibenarkan bagi prosiding di bawah Akta ini di hadapan

Penimbangtara di bawah seksyen 37;

(n)

menetapkan prosedur bagi pemindahan wang keluar dari Malaysia dan bagi penerimaan wang ke dalam Malaysia di bawah seksyen 42;

aun

[Bah. Ill, S. 43-44]

PAMPASAN PEKERJA 59

(o)

memperuntukkan bagi pemindahan mana- (ord, Pin mana wang dalam tangan Pesuruhjaya atau 7/6)

bagi penerimaan dan pentadbiran oleh

Pesuruhjaya mana-mana wang yang boleh digunakan bagi faedah seseorang yang ber-mastautin atau akan bermastautin di mana-mana wilayah dalam Komanwel atau Malaysia masing-masing;

(p)

memberikuasa untuk penahanan oleh Pesuruh-jaya, kesemuanya atau sebahagiannya, bayaran setengah bulan sementara menunggu keputusan sesuatu permohonan bagi mengkaji semula bayaran itu;

(q)

memperuntukkan bagi representasi dalam prosiding di hadapan Penimbangtara bagi pihak-pihak yang tertakluk = kepada ketakdayaan di sisi undang-undang atau atas sebab-sebab lain tidak dapat hadir sendiri;

(r)

memperuntukkan bagi bantuan guaman kepada pekerja dalam kes yang rumit;

(s)

memperuntukkan bagi penyenggaraan oleh

Pesuruhjaya dan Penimbangtara daftar dan rekod prosiding di hadapan mereka.

(3)

Semua Peraturan-Peraturan yang dibuat di [Diubahsuai bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di hadapan ?-4: 32/8

Dewan Rakyat secepat mungkin selepas ianya dibuat, dan, jika suatu ketetapan diluluskan dalam masa tiga bulan kemudian selepas mana-manaPeraturan dibentangkan sedemikian yang membatalkan Peraturan itu atau mana-mana bahagian daripadanya dari tarikh yang dinyatakan, Peraturan atau mana-mana bahagian daripadanya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sesudah itu menjadi batal dari tarikh itu, tetapi tanpa menjejaskan keesahan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya di bawahnya atau pembuatan

Peraturan baru.

44, Ordinan-Ordinan dan Enakmen-Enakmen yang Pemansuhan.

dinyatakan dalam Jadual Ketiga adalah dengan ini dimansuhkan.

[Jad. 1]

60 Axta 273