Skip to content

Seksyen 40

of Akta Pampasan Pekerja 1952

ActIn forceProvision 45 of 46

Seksyen 40

(1)

Jika mana-mana perintah telah dibuat oleh

Penimbangtara atau mana-mana persetujuan direkodkan oleh Pesuruhjaya, Pesuruhjaya itu hendaklah, atas permintaan mana-mana orang yang menuntut di bawah perintah atau persetujuan itu, menghantar suatu salinannya yang diperakui kepada

Pendaftar Mahkamah Sesyen dalam Negeri di mana perintah itu dibuat atau persetujuan itu direkodkan dan

Pendaftar tersebut hendaklah menyebabkan salinan tersebut direkodkan dan sesudah itu perintah atau persetujuan tersebut bolehlah bagi segala maksud dikuatkuasakan sebagai suatu penghakiman

Mahkamah Sesyen, walaupun perintah atau persetujuan itu mungkin berkenaan dengan amaun melebihi bidangkuasa biasa Mahkamah tersebut.

(2)

Jika Pesuruhjaya telah menghantar suatu salinan perintah atau persetujuan yang diperakui kepada

Pendaftar untuk direkodkan di bawah subseksyen (1), dan selepas mengkaji semula di bawah seksyen 10, 14,

15 atau 16 suatu perintah dibuat dengan mengubah amaun pampasan yang mesti dibayar di bawah perintah atau persetujuan itu, Pesuruhjaya hendaklah menghantar suatu salinan perintah atau persetujuan yang diperakui tersebut sebagaimana yang diubah olehnya kepada Pendaftar tersebut yang hendaklah menyebabkan salinan tersebut direkodkan dan selepas itu perintah atau persetujuan asal sebagaimana yang diubah oleh perintah kemudian itu hendaklah bagi segala maksud mulai dari itu boleh dikuatkuasakan sebagai ganti kepada perintah atau persetujuan asal sebagai suatu penghakiman Mahkamah Sesyen walaupun perintah atau persetujuan itu mungkin berkenaan dengan amaun melebihi bidangkuasa biasa

Mahkamah tersebut.

41, (1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam

Akta ini boleh disifatkan sebagai memberi apa-apa hak terhadap pampasan kepada seseorang pekerja berkenaan dengan apa-apa kecederaan jika dia telah memulakan dan sedang mendakwa suatu guaman bagi gantirugi berkenaan dengan kecederaan itu dalam mana-mana mahkamah terhadap majikannya atau jika

[Bah. Ill, S. 41]

PAMPASAN PEKERJA 55

dia telah mendapat bayaran gantirugi berkenaan dengan kecederaan itu dalam mana-mana mahkamah daripada majikannya; dan tiada guaman bagi gantirugi boleh disenggarakan dalam mana-mana mahkamah oleh seseorang pekerja terhadap majikannya berkenaan dengan apa-apa kecederaan—

(a)

jika dia telah memohon kepada Pesuruhjaya untuk menyelesaikan apa-apapersoalan berkenaan dengan kecederaan di bawah seksyen 27 (2); atau

(b)

jika sesuatu persetujuan telah dicapai di antara pekerja dan majikan itu dan persetujuan itu telah direkodkan di bawah seksyen 28; atau

(c)

jika dia telah mendapat bayaran gantirugi berkenaan dengan kecederaan dalam mana-mana mahkamah daripada mana-mana orang lain.

(2)

Jika sesuatu guaman dimulakan dalam mana-mana mahkamah bagi mendapatkan bayaran gantirugi dengan tidak bergantung kepada Akta ini kerana kecederaan yang disebabkan oleh mana-mana kemalangan, dan ianya diputuskan dalam guaman itu atau apabila dirayu bahawa kecederaan itu adalah kecederaan yang majikan tidak bertanggungan dalam guaman itu, tetapi bahawa dia akan bertanggungan membayar pampasan di bawah Akta ini, guaman itu hendaklah dibuang; tetapi mahkamah yang membicarakan, atau jika keputusan diberi apabila dirayu, mahkamah rayuan hendaklah, jika pekerja itu memilih sedemikian, terus mentaksir pampasan itu, tetapi boleh memotong daripadanya segala atau sebahagian daripada kos yang, dalam pengha-kimannya, telah disebabkan oleh pekerja yang memulakan guaman itu dan sebaliknya tidak meneruskan prosiding di bawah Akta ini: dan dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen ini, apabila mahkamah yang membicarakan atau mahkamah rayuan mentaksir pampasan itu, ia hendaklah memberi suatu perakuan pampasan yang telah diawardkannya dan

[Bah. III, S. 41-43]

Perkiraan salingan bagi bayaran pampasan pekerja.

[Ord. Pin.

31/56.)

17 dan 18

Geo. Ve. 15.

Peraturan-Peraturan.

[Diubahsuai.

P.U. 332/58.)

56 Axta 273

arahan yang telah diberinya (jika ada) tentang potongan kos dan perakuan sedemikian hendaklah mempunyai kuatkuasa dan natijah suatu perintah Penimbangtara,