Seksyen 124
Peruntukan peralihan
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Semua permohonan untuk pendaftaran sebagai pertubuhan belia dan semua permohonan untuk kelulusan oleh pertubuhan sedemikian di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang belum selesai pada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terhenti diuruskan di bawah Akta itu dan hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Akta ini.
(2)
Apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
(3)
Akta ini tidak menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah
Akta Pertubuhan 1966 sebelum tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(4)
Mana-mana anggota yang dilantik atau dipilih sebagai pemegang jawatan dalam pertubuhan belia yang telah mencapai empat puluh tahun atau telah melebihi umur empat puluh tahun sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini, hendaklah dibenarkan terus memegang jawatannya sehingga tamat tempohnya.