Skip to content

Seksyen 115

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 115 of 125
Seksyen 115
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Institut—

(a)

tiada anggota Institut atau pegawai Institut atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Institut, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan fungsinya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini;

dan

(b)

tiada seorang pun orang lain yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Institut boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pewakilan dalam prosiding sivil