Seksyen 14
Representasi
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Pendaftar boleh memberikan notis kepada mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia berdaftar untuk membuat representasi kepada Pendaftar sebelum pemegang jawatan itu boleh dihilangkan kelayakan oleh Pendaftar daripada memegang jawatan di bawah perenggan 13(1)(g).
(2)
Representasi itu boleh dibuat secara hadir sendiri atau melalui pengemukaan dokumen atau kedua-duanya sekali di hadapan Pendaftar.
(3)
Representasi itu hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis oleh Pendaftar kepada pemegang jawatan.
(4)
Mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia berdaftar yang hilang kelayakan daripada memegang jawatan boleh merayu kepada Menteri terhadap keputusan Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
(5)
Keputusan Menteri terhadap sesuatu rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah di Malaysia.