Skip to content

Seksyen 16

Pemeriksaan dokumen dan nilai keterangan salinan yang diakui sah oleh Pendaftar

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 16 of 125
Seksyen 16
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), dokumen yang difailkan dengan Pendaftar menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan apa-apa salinan bagi apa-apa perakuan, perintah, notis atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar—

(a)

diperiksa oleh mana-mana orang; atau

(b)

diperoleh oleh mana-mana orang daripada Pendaftar:

27

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

Dengan syarat bahawa orang yang memohon untuk memeriksa atau mendapatkan salinan itu menyatakan maksud yang dia kehendaki dan Pendaftar berpuas hati bahawa maksud itu adalah maksud yang sah di sisi undang-undang, dan pemeriksaan atau salinan itu tidak diminta oleh atau bagi pihak mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.

(2)

Tiada seorang pun, selain seorang yang Pendaftar berpuas hati merupakan anggota suatu pertubuhan belia berdaftar, boleh memeriksa atau mendapatkan daripada Pendaftar akaun pertubuhan belia itu atau salinannya.

(3)

Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang diterima di pejabat Pendaftar yang diperakui sebagai salinan atau cabutan yang benar yang ditandatangani dan dimeterai oleh

Pendaftar hendaklah, dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai keterangan tanpa apa-apa bukti selanjutnya.