Seksyen 32
Pertubuhan belia disifatkan ditubuhkan di Malaysia
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Tertakluk kepada subseksyen (2) suatu pertubuhan belia disifatkan sebagai ditubuhkan di Malaysia, walaupun ia terbentuk dan mempunyai ibu pejabat atau tempat utama urusannya di luar
Malaysia, jika mana-mana pemegang jawatan atau anggotanya
47
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia tinggal atau berada di Malaysia, atau jika mana-mana orang di Malaysia menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu atau mendapatkan atau memungut wang atau yuran bagi pihak pertubuhan belia itu.
(2)
Tiada pertubuhan belia boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian, jika dan selagi—
(a)
ia diatur dan beroperasi sepenuhnya di luar Malaysia;
(b)
tiada pejabat, tempat urusan atau tempat mesyuarat disenggarakan atau digunakan di Malaysia oleh pertubuhan belia itu atau oleh sesiapa jua bagi pihaknya;
(c)
tiada daftar mengenai semua atau mana-mana anggota pertubuhan belia itu disimpan di Malaysia; dan
(d)
tiada yuran dipungut atau didapatkan di Malaysia oleh pertubuhan belia itu atau oleh sesiapa jua bagi pihaknya.